Dr. Luqmanul Haqim
"Rambut gugur bukan sekadar soal rupa. Ia soal keyakinan."
Konsultasi percuma dan sulit bersama Tress Touch. Kenal pasti punca sebenar rambut gugur anda dan pilihan yang sesuai untuk anda.
Isi dalam 30 saat. Kami akan hubungi anda melalui WhatsApp.
Assalamualaikum & hai semua! Kami Dr. Luqmanul Haqim dan Dr. Muhammad Eqmal dari Tress Touch.
Setiap hari, kami berbincang dengan lelaki yang risau tentang rambut mereka. Eksekutif, pelajar, bakal pengantin, bapa-bapa. Dan kami perasan satu perkara yang sama: hampir semua mereka menunggu terlalu lama.
Sebab segan. Sebab ingat tak ada jalan. Sebab rasa masalah ni tak cukup "serius" untuk jumpa doktor.
Misi kami mudah: tiada lelaki Malaysia patut hadapi masalah ini seorang diri, atau rasa malu untuk bertanya.
"Rambut gugur bukan sekadar soal rupa. Ia soal keyakinan."
"Lagi awal bertindak, lagi baik peluang untuk selamatkan rambut anda. Jangan tunggu sampai botak."
Dengar sendiri penjelasan Dr. Luqman tentang rambut gugur lelaki. Kurang dari 1 minit.
Amir, 29 tahun, eksekutif di Shah Alam. Dia tak perasan pun rambutnya makin nipis… sampailah dia tengok gambar raya keluarga tahun ni.
Bawah lampu, jelas nampak kulit kepala. (Allahu, malunya!)
Dia gelak. Tapi dalam hati, dia risau.
Syampu anti-hairfall. Minyak rambut. Tonik dari Shopee. Petua orang tua. Duit habis, harapan pun makin tipis. Rambut? Masih gugur.
Bukan salah Amir. Dia cuma guna cara yang salah untuk masalah yang betul.
"Dah cuba macam-macam syampu, kenapa tak jalan pun?"
"Kalau pergi klinik, malu la nak cerita pasal rambut…"
"Teruk sangat ke rambut aku ni sebenarnya?"
Alangkah baiknya kalau ada cara yang betul, dipantau doktor, dan boleh mula dari rumah tanpa rasa segan.
Jawab 2 soalan ringkas. Doktor kami akan semak jawapan anda secara peribadi.
Doktor kami akan semak jawapan anda dan hubungi anda untuk konsultasi percuma.
Soalan ini bukan diagnosis. Penilaian hanya dibuat oleh doktor semasa konsultasi.
Keguguran rambut corak lelaki (male pattern hair loss) biasanya berpunca dari genetik dan hormon DHT. DHT menyebabkan folikel rambut mengecut sedikit demi sedikit, sehingga rambut jadi halus dan akhirnya gugur.
Sebab tu produk yang hanya membersihkan kulit kepala tak dapat atasi puncanya. Yang penting:
Macam Amir, langkah seterusnya mudah: bercakap dengan doktor yang faham. Dr. Luqman dan Dr. Eqmal akan bantu anda kenal pasti punca sebenar.
Saya nak tahu punca rambut gugur sayaSelepas konsultasi, jika Dr. Luqman atau Dr. Eqmal dapati ia sesuai untuk anda, inilah rawatan yang akan dihantar terus ke rumah anda.
Langkah pertama tetap sama: bercakap dengan doktor. Percuma, sulit dan tiada komitmen.
Saya nak konsultasi percumaPerubahan sebenar yang dikongsi oleh pelanggan Tress, disusun dari 1 bulan hingga 8 bulan. Setiap orang berbeza: ada yang nampak perubahan awal, ada yang ambil masa lebih lama.


















"Kalau nmpk tepi tu da ada rambut sikit."
Pelanggan Tress, selepas 1 bulan"Smt pagi doktor, ini rambut tumbuh sikit 2.. di atas botak kepala tu. Baru 2 bulan 4 hari."
Pelanggan Tress"Memang ade perubahan. Berbeza dengan produk lain yg sebelom ni."
Pelanggan Tress"Ya. Consume ubt ja byk bntu. Hair line pon makin rendah."
Pelanggan Tress, selepas 6 bulan"Rambut pon hitam elok."
Pelanggan Tress, selepas 6 bulan"Harap boleh pos hri ni sbb dh berape hari tinggal."
Pelanggan ulangan TressHasil adalah berbeza mengikut individu. Gambar dan komen dikongsi dengan kebenaran pelanggan.
Amir mulakan dengan satu langkah kecil. Begini caranya.
Nama dan nombor telefon sahaja. Ambil masa 30 saat.
Kami hubungi anda melalui WhatsApp atau panggilan untuk menilai keadaan rambut anda.
Jika sesuai, doktor akan terangkan pilihan dan pantau perkembangan anda dari semasa ke semasa.
Setiap badan berbeza. Tapi setiap perjalanan bermula dengan satu langkah.
Buat pertama kali, anda faham apa yang sebenarnya berlaku pada rambut anda, dari team doktor sendiri. Bukan dari Google, bukan dari petua orang. Rasa lega tu tak ternilai.
Anda ada pelan yang jelas dan jika ada soalan boleh rujuk dengan Tress Touch bila-bila masa. Anda tahu anda sedang buat sesuatu yang betul, bukan sekadar berharap.
Perubahan setiap orang berbeza. Tahap shedding phase, bila anak rambut mula tumbuh dan bila rambut mula bertambah bergantung pada individu. Sesetengah orang hanya bermula pada bulan ketiga. Konsistensi adalah kunci.
Bila anda tengok gambar raya tahun depan… dan anda senyum, bukan cari angle.
Sebelum kita mula, kami nak pastikan anda bukan antara yang berikut:
Doktor juga akan menilai sejarah kesihatan anda semasa konsultasi untuk memastikan pilihan yang dibincangkan selamat untuk anda.
Bukan dalam golongan ini? Anda layak untuk konsultasi percuma.
Cuba kira berapa yang anda dah habiskan selama ni: syampu anti-hairfall berulang kali, tonik rambut, cap untuk menyorok. Dan rasa malu setiap kali ambil gambar? Tak ternilai.
Langkah pertama bersama kami tak perlukan apa-apa bayaran:
Keyakinan masa interview kerja. Senyuman dalam gambar kahwin. Rasa selesa bila buka songkok lepas solat Jumaat. Semuanya bermula dengan satu perbualan.
Dapatkan Panduan Percuma: 5 Tanda Awal Rambut Gugur Lelaki terus ke WhatsApp anda. Baca dulu, fikir dulu, tanya bila anda bersedia.
Terus pakai cap. Terus cari angle. Rambut terus gugur, dan setiap tahun yang berlalu menjadikannya lebih sukar untuk diselamatkan.
Hubungi Tress. Faham punca sebenar. Ada pelan yang jelas dan orang yang memantau anda.
Amir pilih untuk mula. Sekarang giliran anda.
Kisah Amir ialah kisah ilustrasi berdasarkan pengalaman biasa lelaki yang mengalami rambut gugur, bukan pesakit sebenar.
Dr. Luqman jawab: Ya. Konsultasi pertama adalah percuma dan tiada komitmen. Kos rawatan, jika ada, akan diterangkan dengan jelas semasa konsultasi sebelum anda buat sebarang keputusan.
Dr. Eqmal jawab: 100% sulit. Maklumat anda hanya digunakan untuk konsultasi dan dilindungi mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Dr. Luqman jawab: Konsultasi dalam talian adalah percuma. Namun, ada fee konsultasi untuk lawatan secara bersemuka (face-to-face), termasuk khidmat scalp scanning.
Dr. Eqmal jawab: Setiap pilihan rawatan ada kebaikan dan risikonya. Sebab itulah doktor akan menilai sejarah kesihatan anda dan terangkan semuanya semasa konsultasi, supaya anda boleh buat keputusan dengan maklumat yang lengkap.
Dr. Luqman jawab: Setiap orang berbeza. Rambut tumbuh mengikut kitarannya sendiri, jadi ia perlukan kesabaran. Doktor akan terangkan apa yang dijangka untuk keadaan anda.
Dr. Luqman jawab: Ramai pesakit kami rasa begitu pada mulanya. Rambut gugur sangat biasa di kalangan lelaki, dan kami di sini untuk membantu, bukan menilai.
Kisah Amir bermula dengan satu langkah. Kisah anda pun boleh.